Adakah physiotherapist seorang tukang urut? 

Terdapat salah tanggapan dengan fisioterapi ini dengan menyamakan mereka dengan tukang urut. Sebenarnya bidang fisioterapi ini adalah sangat luas dan pelbagai cabangnya. Antaranya Musculoskeletal, Sport's Injury, Cardiorespiratory, Cardiac Rehab, Paediatrics, Neurology, Women's Health dan lain lain.

Sesi rawatan fisio juga tidak terhad kepada teknik urutan semata-mata, tetapi program rawatan dan pemulihan dirangka dengan gabungan pengetahuan anatomi, pengetahuan perubatan dan peralatan perubatan moden. Kebiasaannya, teknik urutan digunakan dalam rawatan sport massage atau deep tissue massage.

Inilah pentingnya keadaan pesakit diperiksa oleh physiotherapist yang berpengalaman bagi menilai keadaan terlebih dahulu sebelum satu program rawatan pemulihan dirangka khusus mengikut keadaan pesakit.

Untuk menjadi seorang physiotherapist, mereka perlu menamatkan pengajian dalam bidang physio serta perlu melalui jam klinikal di hospital sebelum layak bergelar physiotherapist.

Berbeza dengan tukang urut yang kepakarannya diwarisi turun temurun dimana pengetahuan perubatannya boleh dipersoalkan.