Adakah anda mengalami sakit bahu apabila melakukan aktiviti harian seperti:
  • Ketika memakai baju
  • Menyikat rambut
  • Mencapai barangan di tempat tinggi
  • Lenguh bahu ketika memandu
  • Ketika mengangkat barang
  • Selain rasa sakit pada bahu, adakah anda berasa lenguh pada bahagian bahu, pangkal leher dan kebas pada tangan serta tidak kuat untuk memegang barang.


Frozen Shoulder 

Simptom-simptom yang anda alami mungkin disebabkan oleh frozen shoulder. Keadaan ini adalah disebabkan oleh tisu-tisu otot yang mengelilingi sendi bahu mengalami keradangan mengakibatkan bahu membengkak dan terasa ketat yang mengakibatkan pergerakan sendi bahu menjadi terhad dalam semua arah. Namun ianya juga mungkin disebabkan sakit di bahagian leher sehingga boleh dirasai bahagian bahu, kepala dan muka.

Punca Sakit Bahu.

Postur badan yang tidak baik mengakibatkan ketidakseimbangan otot dan mengganggu keseimbangan tulang belakang adalah punca sakit bahu.


Rawatan Fisioterapi Sakit Bahu. 

Sakit bahu boleh dipulihkan dengan program rawatan dan pemulihan fisioterapi yang akan dibahagikan kepada dua sesi iaitu pain management dan program senaman untuk menguatkan otot-otot.


Pain Management (mengurangkan rasa kesakitan)

  • Terapi Sejuk - Terapi sejuk menggunakan ais atau ice pack untuk melegakan kesakitan bahu dan mengurangkan bengkak pada tisu otot bahu. 
  • Terapi Haba - Terapi haba menggunakan hot pack untuk meregangkan otot dan membantu meringankan pergerakan bahu yang terbatas. 
  • Rawatan menggunakan ultrasound dan laser yang bertujuan untuk mengurangkan keradangan/bengkak pada tisu otot bahu. 

Program Senaman


Program senaman yang dirangka untuk memastikan otot kembali kuat dan mengelak kecederaan berulang. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan rawatan fisioterapi sakit bahu yang ditawarkan, kami boleh dihubungi di talian:

No. Tel  : 013-4288 398
atau