Fisioterapi Frozen Shoulder
Apakah Frozen Shoulder?
Frozen shoulder adalah keadaan tisu-tisu otot yang mengelilingi sendi bahu yang mengalami keradangan menyebabkan bahu membengkak dan terasa ketat yang mengakibatkan pergerakan sendi bahu menjadi terhad dalam semua arah.
Kesakitan yang dialami juga menyukarkan pergerakan untuk melakukan aktiviti-aktiviti mengangkat tangan melepasi kepala dan membawa tangan ke belakang seperti menyisir rambut atau mengambil barang di tempat tinggi. Selain rasa sakit pada bahu, kebanyakan pesakit juga berasa lenguh pada bahagian bahu, pangkal leher dan kebas pada tangan serta tidak kuat untuk memegang barang.
Rawatan Fisioterapi Frozen Shoulder
Frozen shoulder boleh dipulihkan dengan program rawatan dan pemulihan fisioterapi yang akan dibahagikan kepada dua sesi iaitu pain management (mengurangkan rasa kesakitan) dan program senaman untuk menguatkan otot-otot.
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan rawatan fisioterapi dan program pemulihan Frozen Shoulder yang ditawarkan, kami boleh dihubungi di talian:
Evercare Physiotherapy menawarkan khidmat pakej rawatan dan pemulihan komprehensif dan eksklusif bagi anda yang mengalami frozen shoulder. Pakej rawatan ini dirangka khas merangkumi pemeriksaan, konsultansi dan rawatan dalam satu kadar harga.
Evercare Physiotherapy merupakan pusat Physiotherapy Puchong Terbaik menawarkan rawatan pemulihan fisioterapi lain yang berkaitan dengan sakit bahu seperti PATAH TULANG SELANGKA ATAU TULANG CLAVICEL PATAH. Selain itu, di Evercare Physiotherapy juga terdapat Rawatan untuk Sakit Leher dan Sakit bahu.