Bayi Nafas Berbunyi & Banyak Kahak? Ketahui Rawatan Fisioterapi Dada di Puchong

Solusi Selamat & Berkesan Melegakan Pernafasan Si Manja Anda.

Melihat bayi sukar bernafas kerana hidung tersumbat atau batuk berkahak pasti merisaukan setiap ibu bapa. Di Evercare Physiotherapy Puchong, kami menyediakan rawatan profesional untuk membantu mengeluarkan kahak yang pekat dengan cara yang selamat.

Tanda-Tanda Bayi Memerlukan Sedut Kahak:

  • Nafas berbunyi (krok-krok) walaupun selepas batuk.
  • Bayi sukar menyusu atau kerap terjaga malam kerana hidung tersumbat.
  • Batuk yang lama sehingga bayi muntah kahak.
  • Nafas kelihatan laju atau berombak di bahagian dada.

Apa Yang Kami Lakukan di Evercare?

Rawatan kami tidak hanya sekadar menyedut, tetapi melibatkan proses fisioterapi paru-paru yang lengkap:

  1. Chest Physiotherapy: Teknik tepukan lembut (perkusi) dan getaran untuk melonggarkan kahak dari dinding paru-paru.
  2. Suctioning: Menggunakan mesin penyedut medikal dengan tiub halus yang steril untuk mengeluarkan kahak dari saluran pernafasan atas.
  3. Nasihat Pasca-Rawatan: Kami akan mengajar ibu bapa cara penjagaan di rumah untuk mengurangkan risiko kahak kembali pekat.

⚠️ Nota Penting: Mohon pastikan anak anda tidak makan atau menyusu sekurang-kurangnya 1 hingga 2 jam sebelum rawatan dimulakan bagi mengelakkan risiko muntah atau tersedak.

Bantu Bayi Anda Bernafas Lega Hari Ini

Jangan biarkan jangkitan kuman merebak ke paru-paru. Temui pakar fisioterapi kami yang berpengalaman lebih 16 tahun.

WhatsApp Temujanji: 013-428 8398

📍 Lokasi: Taman Putra Perdana, Puchong.

Servis sedut kahak bayi di Evercare Physiotherapy Puchong