Sakit Tulang Kemaluan (SPD) Semasa Hamil? Jangan Biarkan Ia Menyiksa Anda

Rawatan Fisioterapi Wanita Pakar di Evercare Puchong.

Pernahkah anda rasa sakit yang tajam di celah kangkang atau tulang kemaluan ketika mahu bangun dari katil atau memakai seluar? Anda mungkin mengalami Symphysis Pubis Dysfunction (SPD).

Masalah ini sering dianggap 'biasa' bagi ibu hamil, namun jika dibiarkan, ia boleh mengganggu kualiti hidup dan menyukarkan proses kelahiran. Di Evercare Physiotherapy Puchong, kami faham ketidakselesaan anda.

Apa Itu SPD?

SPD berlaku apabila ligamen yang memegang tulang pelvis anda (simfisis pubis) menjadi terlalu regang akibat hormon relaxin. Ini menyebabkan sendi pelvis menjadi tidak stabil dan mencetuskan radang yang sangat menyakitkan terutamanya ketika berjalan atau menaiki tangga.

Symphysis Pubis Dysfunction (SPD)


Simptom Utama SPD:

  • Sakit di bahagian pangkal paha atau celah kelengkang.
  • Bunyi 'klik' atau berkeretak pada bahagian pinggul semasa bergerak.
  • Sakit bertambah teruk pada waktu malam (bangun ke tandas).
  • Kesukaran untuk mengangkang atau mengangkat kaki (contoh: keluar dari kereta).

Bagaimana Fisioterapi Membantu Anda?

Ramai ibu risau untuk melakukan rawatan semasa hamil. Di Evercare, rawatan kami adalah 100% selamat, lembut, dan dilakukan oleh ahli fisioterapi wanita yang berpengalaman:

  • Manual Therapy: Teknik lembut untuk membetulkan semula posisi sendi pelvis.
  • Senaman Lantai Pelvis: Menguatkan otot sokongan untuk mengurangkan tekanan pada tulang kemaluan.
  • Pelvic Support Belt: Nasihat penggunaan bengkung khas jika perlu.
  • Edukasi Postur: Cara tidur dan bergerak yang betul tanpa menyakitkan tulang kemaluan.

Masalah Lain? Selain SPD, kami juga pakar dalam merawat masalah Kencing Tiris (Incontinence) selepas bersalin.

Sembuh Tenang, Kembali Aktif

Dapatkan rawatan profesional daripada terapis wanita kami di Puchong. Privasi anda adalah keutamaan kami.

WhatsApp Temujanji: 013-428 8398

📍 Evercare Physiotherapy: G66, Alpha Arena, Putra Perdana, Puchong.