RAWATAN FISIOTERAPI SAKIT TUMIT KAKI
Sakit tapak kaki
Sakit tumit kaki boleh disebabkan dua keadaan iaitu Plantar fasciitis atau Heel Spurs. Dua keadaan yang berbeza tetapi perbezaannya adalah sangat sedikit dan saling berkaitan sehingga sukar untuk ditentukan.
Punca Heel Spurs vs. Plantar Fasciitis
Fungsi tapak kaki adalah menyerap tekanan badan semasa berjalan. Untuk memahami fungsi tapak kaki, contoh terdekat fungsinya adalah absorber kereta. Cuba anda bayangkan apa akan terjadi sekiranya anda memandu dan membawa bersiar-siar seekor lembu dewasa seberat 200kg dalam kereta anda dalam masa sebulan? Ya, absorber kereta anda akan mengalami tekanan berlebihan yang menyebabkannya mengalami kemerosotan fungsi seterusnya perlahan-perlahan mengalami kerosakan dan kereta anda akan menjadi mendap!
Begitu juga tapak kaki kita, tekanan berlebihan pada tumit kaki ini akibat BMI badan yang tidak normal dan berlebihan atau pemakaian kasut yang tidak sesuai boleh menyebabkan kecederaan ringan (microinjury) berlaku secara berulang-ulang pada tapak kaki. Lama-kelamaan, kecederaan ini menyebabkan kemerosotan fungsi dan merubah bentuk asal tisu otot unik ini di mana proses yang berlaku ini mengambil masa yang lama, dan dikenali sebagai degenerative process.

Rawatan Fisioterapi Spurs Heel vs Plantar Fasciitis
Kedua-dua keadaan ini boleh dipulihkan dengan menjalani rawatan fisioterapi. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan rawatan fisioterapi sakit tapak kaki yang ditawarkan, kami boleh dihubungi di talian:
No. Tel : 013-4288 398