Pengalaman Ms. S menjalani rawatan fisioterapi Lengkungan S atau scoliosis.


Mr. S telah mengalami kesakitan selama 6 bulan lebih di bahagian badan sebelah kiri dan merasa kebas di bahagian kiri muka. Beliau telah merujuk kesnya dan mendapatkan pemeriksanan kepada beberapa doktor. Pemeriksaan ujian darah serta beberapa ujian pemeriksaan lain telah dilakukan, namun kesakitan yang dialami beliau tidak juga surut-surut.

Scoliosis

Penilaian awal oleh ahli fisioterapi berpengalaman kami ke atas Ms. S dan telah mendapati beliau mengalami scoliosis. Scoliosis adalah keadaan tulang belakang individu yang bengkok ke kiri atau ke kanan yang mungkin menjadi penyebab kesakitan.

Langkah pembetulan postur badan adalah menjadi keutamaan Evercare Physiotherapy. Untuk itu ahli fisioterapi berpengamalam kami telah merangka program rawatan dan pemulihan fisioterapi serta senaman regangan yang bertujuan untuk meregangkan otot yang pendek atau tegang dan menguatkan otot yang lemah.

Rawatan Fisioterapi Scoliosis

Kesungguhan dan disiplin yang ditunjukkan Ms. S dalam menjalani rutin program rawatan dan pemulihan mulai menunjukkan hasilnya apabila rasa kesakitan yang dialaminya mulai berkurangan selepas menjalani beberapa sesi program. Kini kami gembira apabila dimaklumkan bahawa beliau kini mulai bebas kesakitan yang pernah dialaminya. Evercare

Evercare Physiotherapy berharap agar beliau terus tekun untuk meneruskan latihan senaman yang telah diajar dan mengekalkan postur badan yang betul dengan memastikan kedudukan kanan beliau tegak untuk mengelakkan berlakunya lagi lengkungan S.

Faktor penyebab Scoliosis

Gaya hidup moden hari ini yang bergantung penggunaan alat-alat canggih seperti handphone dan juga laptop yang digunakan dalam aktiviti seharian telah menyebabkan masalah seperti sakit bahu, sakit leher, sakit belakang, dan sakit pergelangan tangan menjadi masalah yang biasa dialami.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan rawatan fisioterapi dan program pemulihan scoliosis yang ditawarkan, kami boleh dihubungi di talian:

No. Tel  : 013-4288 398
atau


Evercare Physiotherapy juga menawarkan rawatan fisioterapi yang lain seperti SLIPPED DISC (SAKIT PINGGANG)! dan RAWATAN SAKIT LUTUT.