Masalah lemah kawalan kencing atau kencing tiris (urinary incontinence) sering kali berlaku di kalangan wanita sudah berusia. Namun begitu masalah ini juga boleh dialami wanita muda berusia 30-an terutamanya bagi mereka yang sedang hamil. Ianya perkara yang cukup merimaskan dan memalukan kerana ketirisan air kencing boleh berlaku bila-bila masa walaupun ketika ketawa, batuk dan bersin.

Punca Masalah Kencing Tiris

Masalah lemah kawalan kencing ini berlaku disebabkan oleh otot lantai pelvik yang lemah. Kedudukan otot lantai pelvik berada paling bawah di pelvik wanita yang berfungsi menahan rahim, pundi kencing dan usus. Otot lantai pelvik yang lemah ini menyebabkan wanita mengalami kesukaran mengawal otot di bahagian bawah pundi kencing dan mudah terkencing atau terkucil sedikit ketika batuk, bersin atau ketawa. Antara penyebab otot pelvik menjadi lemah adalah:
  • Tempoh jarak kehamilan yang rapat
  • Bersalin secara normal mahupun pembedahan
  • Sering mengangkat berat
  • Obesiti
  • Menopaus
  • Kerap sembelit 
  • Sakit belakang.




Rawatan Untuk Mengatasi Masalah Lemah Kawalan Kencing

Masalah lemah kawalan kencing ini boleh diatasi dengam mengembalikan kekuatan otot lantai pelvik dengan latihan otot pelvik yang betul. Salah satu senaman yang disyor untuk diamalkan adalah senaman kegel. Walaupun senaman kegel ini kelihatan mudah tetapi kebanyakan orang tidak melakukannya dengan betul menyebabkan hasil yang diingini tidak dapat dicapai.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan rawatan fisioterapi masalah lemah kawalan air kencing (urinary inconinence) yang ditawarkan, kami boleh dihubungi di talian:

No. Tel  : 013-4288 398