Apa Itu Sakit Tennis Elbow, Kaedah Rawatan dan Pemulihannya.
Sakit Siku Luar (Tennis Elbow): Punca & Rawatan Fisioterapi di Puchong
Rawatan Pakar Evercare Physiotherapy Untuk Mengembalikan Kekuatan Lengan Anda.
Adakah anda berasa sakit yang tajam di bahagian luar siku, terutamanya apabila memulas hulu pintu, memegang raket, atau menaip terlalu lama? Anda mungkin mengalami Tennis Elbow atau dalam istilah perubatan disebut Lateral Epicondylitis.
Di Evercare Physiotherapy Puchong, kami sering merawat pesakit yang menderita masalah ini, bukan sahaja dalam kalangan pemain tenis, malah suri rumah dan pekerja pejabat di sekitar Putra Perdana juga tidak terkecuali.
Punca Utama Tennis Elbow
Masalah ini berpunca daripada penggunaan otot lengan secara berlebihan yang menyebabkan koyakan kecil pada tendon di siku:
- Aktiviti sukan berulang (Badminton, Tenis, Squash).
- Kerja-kerja teknikal yang menggunakan pergelangan tangan (Tukang masak, Pelukis, Plumber).
- Penggunaan komputer dan tetikus (mouse) dalam jangka masa lama.
- Mengangkat barang berat dengan teknik yang salah.
Bagaimana Kami Merawat Tennis Elbow?
Rawatan fisioterapi adalah langkah pertama yang paling berkesan untuk mengurangkan radang dan menguatkan semula tendon:
- Cross Friction Massage: Teknik urutan khas untuk melonggarkan tisu parut pada tendon.
- Ultrasound Therapy: Mempercepatkan proses penyembuhan tisu dalaman.
- Dry Needling / Acupuncture: Mengurangkan titik ketegangan otot (trigger points).
- Senaman Eccentric: Menguatkan tendon supaya lebih tahan lasak terhadap tekanan masa hadapan.
Tips Tambahan: Jika sakit siku anda berpunca daripada kecederaan sukan, pastikan anda fahami cara Terapi Ais (R.I.C.E) yang betul.
Pulihkan Kesakitan Siku Anda Hari Ini
Jangan biarkan radang menjadi kronik. Sertai ratusan pesakit yang telah kembali pulih bersama terapis berpengalaman 16 tahun kami.
WhatsApp Temujanji: 013-428 8398📍 Evercare Physiotherapy: G66, Alpha Arena, Putra Perdana, Puchong.
