Pemulihan Total Knee Replacement (TKR)
Total Knee Replacement (TKR)
Pembedahan Total Knee Replacement (TKR) bertujuan untuk menggantikan lutut yang telah rosak dengan lutut buatan.
Pemulihan pasca pembedahan Total Knee Replacement (TKR)
Pemulihan individu pasca pembedahan TKR adalah satu proses yang sangat penting supaya matlamat untuk mengurangkan kesan sakit lutut yang dialami dapat dicapai. Kesakitan pada lutut yang dibedah disebabkan oleh bengkak dan kesukaran untuk berjalan tanpa bantuan adalah kesan pasca pembedahan TKR. Namun kesan ini adalah sementara dan ianya dapat diatasi dengan menjalani program rawatan dan pemulihan yang diselia fisioterapi.
Tempoh pemulihan pasca pembedahan Total Knee Replacement (TKR)
Tempoh pemulihan pasca pembedahan TKR mengambil masa yang agak panjang sehingga boleh menjangkaui tempoh setahun. Fokus program rawatan dan pemulihan fisioterapi pasca pembedahan total knee replacement adalah memastikan anda pulih sepenuhnya dan boleh melakukan aktiviti harian. Program pemulihan dirangka untuk mengembalikan kekuatan otot-otot dan keseimbangan secara berperingkat.
Rawatan Fisioterapi pasca pembedahan Total Knee Replacement (TKR)
Menjalani rawatan fisioterapi selepas pembedahan TKR adalah satu keperluan bagi memastikan pesakit dapat pulih sepenuhnya dan mendapat kesan yang positif serta kembali aktif. Sesi fisioterapi akan memberi fokus kepada latihan kekuatan dan keseimbangan yang dilakukan secara berperingkat. Pemulihan sepenuhnya mungkin mengambil masa berbulan-bulan.
Matlamat dan kejayaan pembedahan TKR ini bergantung sepenuhnya keinginan dan kesungguhan pesakit semasa menjalani program rawatan dan pemulihan fisioterapi. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan rawatan fisioterapi dan program pemulihan pasca pembedahan Total Knee Replacement (TKR) yang ditawarkan, kami boleh dihubungi di talian:
No. Tel : 013-4288 398
atau
Evercare Physiotherapy juga menawarkan rawatan untuk sakit lutut yang lain seperti RAWATAN FISIOTERAPI KECEDERAAN ANTERIOR CRUCIATE LIGAMENT ACL. dan RAWATAN SAKIT LUTUT.
Total Knee Replacement (TKR) |