Sakit Tumit Mencucuk Waktu Bangun Pagi? Ini Rawatan Plantar Fasciitis di Puchong

Jangan Biarkan Sakit Tumit Menjejaskan Pergerakan Anda. Fahami Punca & Solusinya.

Pernahkah anda rasa sakit yang amat sangat pada bahagian tumit sebaik sahaja menjejakkan kaki ke lantai pada waktu pagi? Jika ya, anda mungkin menderita Plantar Fasciitis. Masalah ini sangat lazim dalam kalangan warga Puchong yang aktif bersukan atau mereka yang perlu berdiri lama di tempat kerja.

Gambar rajah tapak kaki menunjukkan bahagian plantar fascia yang radang di warnakan merah. Rawatan sakit tumit Plantar Fasciitis Fisioterapi Puchong


Tanda-Tanda Anda Menghidapi Plantar Fasciitis

Simptom utama bukan sekadar sakit tumit, tetapi ia mempunyai ciri-ciri spesifik:

  • Sakit tajam pada langkah pertama di waktu pagi.
  • Rasa berdenyut selepas berdiri lama atau bangun dari duduk.
  • Sakit berkurangan selepas berjalan sedikit, tetapi kembali selepas aktiviti berat.
  • Ketegangan pada otot betis (Calf tightness).

Bagaimana Fisioterapi Evercare Membantu Anda?

Di Evercare Physiotherapy Puchong, kami tidak hanya merawat simptom, tetapi kami mencari punca masalah (root cause). Rawatan kami merangkumi:

  • Deep Tissue Release: Melepaskan ketegangan pada fascia tapak kaki dan otot betis.
  • Joint Mobilization: Memastikan sendi buku lali bergerak dengan lancar.
  • Taping: Teknik balutan khas untuk memberi sokongan sementara kepada lengkungan kaki (arch support).
  • Senaman Regangan Khas: Program senaman yang boleh dilakukan di rumah untuk kesan jangka panjang.

💡 Tips Pantas: Senaman Botol Ais

Gulingkan tapak kaki anda di atas botol air mineral yang dibekukan selama 5-10 minit setiap petang. Ia sangat membantu mengurangkan radang (inflammation) pada tumit.

Berhenti Menanggung Derita Sakit Tumit

Dapatkan pemeriksaan profesional daripada pakar fisioterapi kami yang berpengalaman lebih 16 tahun.

WhatsApp Temujanji: 013-428 8398

📍 Evercare Physiotherapy: Taman Putra Perdana, Puchong.

Lokasi Evercare Physiotherapy Puchong

📍 G66, Alpha Arena, Lingkaran Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor.