Kami di Evercare Physiotherapy amat mementingkan keselamatan dan kesihatan pelanggan-pelanggan kami. Kebelakangan ini kes positif wabak COVID-19 dalam trend meningkat, ini sangat mengusarkan pekerja-pekerja kami.


Oleh itu, kami akan membuat saringan yang lebih ketat untuk memasuki premis kami dengan hanya menapis individu yang telah lengkap mengambil vaksin dan profile individu yang low risk no symptoms sahaja yang dibenarkan mendapatkan rawatan di Evercare Physiotherapy.


Selain itu, kami di Evercare Physiotherapy juga mengambil inisiatif untuk membuat sanitasi dua (2) kali setiap minggu bagi menyahkuman dan virus-virus. Semoga inisiatif yang diambil ini dapat mencegah penyebaran virus COVID-19.