Situasi 1 :- Anda merupakan seorang pekerja di mana norma kerja seharian anda kebanyakan masanya adalah duduk di hadapan komputer. Menjelang waktu petang, anda mulai rasai kesakitan di pinggang dan bahagian belakang badan.


Situasi 2:- Kebanyakan masa seharian anda dihabiskan untuk memandu kereta contohnya pemandu ehailing. Reaksi pertama anda apabila sampai ke penghuiung destinasi adalah anda akan meriuk lentok meregangkan pinggang. Terasa kesakitan di bahagian belakang!


Kenapakah rasa sakit pinggang ini dirasai dalam dua situasi di atas?


Jawapannya adalah postur badan!


Duduk dalam satu tempoh terlalu lama, tubuh memberi reaksi rasa tegang, kaku secara keseluruhan disusuli dengan rasa sakit dan lama-kelamaan gangguan fungsi pada bahagian struktur berkenaan.


Atas sebab itu dalam dua situasi di atas, dengan postur duduk yang salah lebih mudah untuk rasa kaku, tegang, lenguh dan letih terutama bahagian atas badan seperti leher serta bahu berbanding kerja memerlukan pergerakan seluruh badan.