Vertigo, Rawatan dan Pemulihan.
Apakah Penyakit Vertigo
Sakit kepala yang menyucuk, persekitaran nampak berpusing-pusing, telinga berdesing, mata sensitif terhadap cahaya dan tekak terasa loya merupakan simptom-simptom vertigo. Namun adakah cara mudah untuk mengatasinya?
Terkena vertigo adalah perkara yang sangat menyeksakan. Perlakuan apa-apa aktiviti seharian, termasuklah aktiviti untuk baring-baring berehat juga akan membuatkan anda menjadi pening. Serba tak kena.
Petua Atasi Vertigo
Sekiranya anda terkena serangan vertigo, ada petua yang dikongsi ahli fisioterapi kami iaitu melakukan senaman ringkas yang boleh membantu anda untuk menanganinya sementara. Senaman ringkas ini dilakukan dalam keadaan berbaring. Pertamanya perlahan-perlahan untuk tolehkan kepala ke arah kanan dalam sudut 45 darjah dan mata anda perlu fokus pada satu titik. Posisi pergerakan ini anda perlu lakukan dan tahan dalam tempoh 2 minit.
Seterusnya adalah menukar arah tolehan ke sebelah kiri pula dengan perlahan-perlahan juga mengikut langkah yang sama. Ulang setiap langkah 3 kali untuk kanan dan kiri. Peringatan: senaman ringkas ini dilakukan dalam keadaan mata terbuka dan fokus pada satu point sahaja.
Senaman ringkas ini sebaiknya dilakukan 2 jam selepas makan, bagi mengelakkan anda muntah. Kebiasaannya, adalah normal sekiranya pesakit vertigo akan berasa lebih pening semasa atau selepas senaman namun ianya boleh diatasi sekiranya senaman ringkas ini dilakukan secara kerap. Akhirnya simptom pening ini akan berkurangan perlahan-lahan.
Langkah Pencegahan berulang terkena vertigo
Pesakit vertigo digalakkan untuk mengurangkan aktiviti yang terdedah kepada melihat cahaya secara langsung seperti berikut:
- Penggunaan screen yg terlalu lama seperti handphone dan laptop.
- Pada waktu tidur pula, bilik yang diterangi sedikit cahaya juga membantu mengurangkan simptom pening. Elakkan keadaan bilik yang gelap gelita.
Rawatan Fisioterapi Vertigo
Evercare Physiotherapy menawarkan program pemulihan vertigo. Program pemulihan ini dirangka oleh physiotherapist yang berpengalaman untuk merawat vertigo. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan rawatan fisioterapi dan program pemulihan vertigo yang ditawarkan, kami boleh dihubungi di talian:
No. Tel : 013-4288 398
atau
No. Tel : 013-4288 398