Masalah ketirisan air kencing

Masalah lemah kawalan kencing (urinary incontinence) kebiasaannya berlaku di kalangan wanita berusia, namun ianya juga boleh dialami wanita muda berusia 30-an terutamanya mereka yang hamil. Ianya perkara yang cukup merimaskan dan memalukan kerana ketirisan air kencing boleh berlaku bila-bila masa. Masalah ini lebih membimbangkan sekiranya pesakit batuk, bersin atau ketika ketawa, air kencing keluar sendiri tanpa dapat dikawal seperti "aliran bebas".

Pengalaman menjalani rawatan fisioterapi

Pengalaman Puan Y mendapatkan rawatan fisioterapi untuk mengatasi masalah lemah kawalan air kencing. Puan Y adalah wanita warga emas yang sering mengalami kesukaran mengawal kencing dan sering terkucil. Puan Y terpaksa menggunakan 5 keping lampin dewasa setiap hari untuk mengatasi masalah terkucilnya. Puan Y mula mendapatkan rawatan di Evercare Physiotherapy pada pertengahan Jun 2019. 

Seperti yang diceritakan Puan Y, beliau mengalami kesukaran untuk mengawal air kencing terutama semasa ketawa, batuk atau bersin, air kencingnya akan terkucil keluar bebas tanpa kawalan. Tanggapan masyarakat hari ini berasakan apabila sudah meningkat usia, kejadian tidak dapat menahan dan mengawal air kencing adalah sesuatu yang biasa. Ianya bukanlah sesuatu yang normal sebaliknya boleh dirawat. 

Pemeriksaan dan penilaian Masalah Kencing Tiris

Pada sesi pertama rawatan, physiotherapist berpengalaman kami telah melakukan pemeriksaan pada Puan Y dan mendapati otot lantai pelviknya berkeadaan lemah. Kelemahan lantai pelvik menyebabkan Puan Y mengalami kesukaran mengawal otot pada bahagian bawah pundi kencing. Ia menyebabkan Puan Y mudah terkucil atau terkencing sedikit terutamanya apabila batuk, bersin atau ketawa.
 

Kesan selepas menjalani rawatan fisioterapi 

Selepas menjalani rawatan selama 5 sesi terapi rawatan dan pemulihan, Puan Y mula merasakan kawalan otot dinding pelvis seterusnya mampu mengawal air kencingnya terutama sekiranya berlaku kejadian "kecemasan". Kini Puan Y mula kurang bergantung harap kepada penggunaan lampin dewasa dan penggunaannya telah berkurangan kepada 2 keping sehari.

Rawatan Fisioterapi Masalah Lemah Kawalan Kencing atau Kencing Tiris

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan rawatan fisioterapi masalah lemah kawalan air kencing (urinary inconinence) yang ditawarkan, kami boleh dihubungi di talian:

No. Tel  : 013-4288 398
atau