Apa Itu Lymphedema? Simptom, Punca & Rawatan oleh Fisioterapi
Apa Itu Lymphedema? Simptom, Punca & Rawatan oleh Fisioterapi
Lymphedema atau limfedema ialah keadaan apabila berlaku bengkak, terutamanya pada lengan atau kaki, akibat gangguan sistem limfa. Sistem limfa berperanan penting dalam mengalirkan cecair limfa yang membawa sel imun dan bahan buangan dari tisu badan ke aliran darah.
Simptom Lymphedema
- Bengkak pada lengan atau kaki, biasanya sebelah sahaja.
- Rasa berat atau ketat pada anggota terjejas.
- Kulit menjadi tebal, keras, atau seperti span.
Punca Lymphedema
Antara punca biasa termasuk:
- Pembedahan atau rawatan kanser (seperti pembuangan nodus limfa).
- Jangkitan atau kecederaan pada sistem limfa.
- Masalah kongenital sejak lahir (primary lymphedema).
Rawatan Fisioterapi untuk Lymphedema
Di Evercare Physiotherapy, kami menyediakan Manual Lymphatic Drainage (MLD) – satu teknik urutan lembut untuk menggalakkan aliran limfa, mengurangkan bengkak dan meningkatkan keselesaan pesakit. MLD dilakukan oleh fisioterapis berpengalaman dengan pendekatan yang selamat dan berkesan.
Kenapa Pilih Evercare Physiotherapy?
Kami membantu pesakit yang mengalami lymphedema akibat pembedahan, rawatan kanser atau masalah kronik. Servis kami meliputi:
- Rawatan klinik dan rumah untuk kawasan Puchong, Putrajaya, Cyberjaya, Subang Jaya dan sekitar.
- Fisioterapi berdaftar dengan pengalaman lebih 16 tahun.
Infografik: Apa Itu Lymphedema?
Hubungi Kami
📞 WhatsApp: 013-4288 398
📍 Google Maps: Evercare Physiotherapy
📌 Lokasi: Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor