Pengalaman Rawatan Fisioterapi Symphysis Pubis Dysfunction (SPD)

Cabaran pertama semasa minggu pembukaan Evercare Physiotherapy adalah merawat seorang ibu yang baru sahaja 2 minggu melahirkan anak yang mengalami Symphysis Pubis Dysfunction (SPD).

Beliau mengadu kesakitan dan tidak mampu berjalan walaupun hanya untuk turun dari katil dan dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan susulan. Berdasarkan diagnosis melalui penerangan simptom dan ujian ke atas kestabilan, pergerakan dan kesakitan pada sendi pelvik, kesnya disaran dirujuk kepada ahli fisioterapi yang mempunyai pengalaman dalam merawatnya.

Fisioterapi Symphysis Pubis Dysfunction (SPD

Ahli fisioterapi berpengalaman kami telah merangka program rawatan dan pemulihan dengan gabungan teknik urutan selepas bersalin, senaman untuk menguatkan otot perut dan otot lantai pelvis sekaligus memperbaiki kestabilan pelvis serta terapi haba. Pendekatan holistik ini dirangka memandangkan si ibu masih dalam tempoh berpantang.

Peringkat awal rawatan Fisioterapi

Pada hari pertama rawatan, si ibu menggunakan alat bantuan berjalan (walking frame) untuk turun dari tempat tidur. Si ibu merasa kesakitan yang teramat sangat ketika berjalan dan tidak banyak yang boleh dilakukan.

Sesi rawatan dan pemulihan diteruskan sehinggalah selepas sesi ke 3, barulah rasa kesakitannya mulai berkurangan dan boleh bergerak.

Pada sesi ke-5 satu perkembangan positif mula ditunjukkan, si ibu boleh berjalan tanpa alat bantuan dan boleh menuruni tangga selepas sesi terapi ke-6. Hanya turun tangga sahaja si ibu boleh, naik tangga terpaksalah menggunakan kudrat si suami.

Peringkat akhir rawatan Fisioterapi

Sebaik sahaja tempoh berpantang si ibu tamat, beliau boleh berjalan seperti biasa dan pergi menonton wayang selepas menjalani 8 kali sesi rawatan dan pemulihan.

Program rawatan dan pemulihan Symphysis Pubis Dysfunction (SPD)

Evercare Physiiotherapy menawarkan salah satu cabang khidmat kepakaran kami iaitu rawatan dan pemulihan SPD di mana ahli fisioterapi kami adalah terlatih dan berpengalaman luas. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan rawatan fisioterapi dan program pemulihan Symphysis Pubis Dysfunction (SPD) yang ditawarkan, kami boleh dihubungi di talian:

No. Tel : 013-4288398 
atau 



Evercare Physioterapy juga adalah pakar dalam merawat masalah kesihatan wanita seperti Masalah Lemah Kawalan Kencing (Urinary Incontinence). Physiotherapist kami adalah terdiri daripada ahli fisioterapi wanita yang berpengalaman luas dalam merawat masalah kesihatan wanita.